lama tak update, tak sempat nak update coz ujung minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke camoren highland so berblog pun cuti juga..oleh kerana nak jalan jauh saya pun buat buat kacang raget ni..teringat kak hasue buat kacang ni..mmmmm!!fikir2 dan teringat, terus je buat. Leh buat kudapan sepanjang perjalanan..
ini lah rupe kacang raget tu dari kacang tanah..tak tau la kenapa namanya mcm tu..setau saya la kan raget ni di tujukan untuk org yg berpakaian ala2 rock gitu..kak.hasue dah letak nama mcm ni so saya pun ikut jelah, k.hasue pun amik resepi ni kat sofinar@myresipi. Resepinya saya C&P dari dapur K.Hasue..dulu arwah mak saya pun ada buat kacang yg sama mcm kacang raget ni tak guna kacang tanah tapi guna kacang putih yang besar2..kacang putih tu mahal kalau nak mesti kena oder dulu..susah nak dapatkan kacang mcm..idea k.hasue guna kacang tanah ni mmg berbalaoi coz kita mudah untuk dapatkan semua bahan2.
ok jom kita skodeng resepi yg saya guna...sebelum tu minta izin dari k.hasue untuk tampal resepi kacang yg sangat sedap ni kat dapur saya ni yer..
Kacang Rugget >>
Bahan-bahan ( sebalang )
* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya
Cara-cara
1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
4. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain
rasanya sedap mcm yg jual kat pasaran..leh buat untuk kuih raya ni..
selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment