Lamanyer rasanya tak update blog..mesti bosan kan tak berubah2 n3..bukan ape, my ladtop sakit tenat..dah lama ladtop ni sakit tapi en.abg asik cakap nnt lah!! bila suh bawa ke kedai baiki. jawapanya nantilah, nantilah dan nantiii.bila dah tenat baru nak amik peduli, sedangkan dia pun guna untuk kerja seharian dia...huhuhu sian ladtop ni..patutla sebelum ni ladtop bergerak sangat la perlahan, kura2 pun boleh menang dalam pertandingan lumba lari, agaknya kalau dia boleh bersuara mesti asik terdengar dia terbatuk2....tiap mlm dengar dia nangis huwaaaa huuuwaaa!!!..hari ni ladtop dah sihat woohuuuu, dah leh lari selaju cheetah..tapi masih dalam masalah. buat masa ni tak boleh nak upload gambar..ye lah bila semua program dah di format balik semua benda hilang, kena install balik segala2nya..tak pe, walau mcm mn pun n3 kali ni saya nak kongsi beberapa petua n tips memasak..semoga ianya berguna untuk kegunaan seharian kita semua..sangat berguna bagi yang bekerjaya. tapi kalau suri rumah pun boleh amalkan juge, supaya kita sekejap di dapur dan lama bersama keluarga..
- kebanyakkan tukang masak dan chef kelihatan begitu cekap di dapur, apa saja yang di masak nampak cepat, mudah dan teratur. sebenarnya di sebalik kecekapan ada rahsia di sebaliknya..ok jom kita tengok apa rahsia itu..
Hari produksi
pilihla hari produksi yang sesuai dengan jadual masing seperti hari minggu.
- buat satu senarai keperluan dapur sehari awal bagi mengelak bahan2 yg tertinggal. ~ pastikan semasa membuat senarai ini kita semak bekalan stok yang masih ada.
- beli barang untuk keperluan seminggu ~
- sebaik-baiknya, pada hari membeli-belah, beli sahaja makanan tengah hari untuk keluarga.
- apabila pulang, pastikan semua bahan2 di bersihkan~ spt siang ikan, basuh ayam dan cuci sayur mayur. ini akan membantu semasa proses memasak.
- bungkuskan semua bahan ikut keperluan ~ contohnya bahagikan sotong 3bhg sama rata. hal ini akan mangurangkan waktu masakan disamping memelihara kualiti dan khasiat bahan tersebut.
- semasa menbungkus pastikan menggunakan bekas dan teknik yang sesuai ~ bungkus ayam dan ikan dalam palstik yg di ikat kemas atau dalam bekas yang di tutup rapi. sayur mayur disimpan dalam bekas atau di balut dengan kertas.
- kisar bahan2 asas seperti bawang2, cili kering dsb. kisar bahan2 dengan minyak untuk lebih tahan lama. semasa memasak jgn kurangkan penggunaan minyak.
Merangka menu
- cuba rangka menu untuk seminggu ~ utk kemudahan tetapi ianya bukalah wajib coz kita masak ikut selera dan tengok juga stok yang ada.
- pilihlah menu yang bersesuaian ~ jika sesuatu menu memerlukan masa yang lama untuk penyediaannya, maka menu yang lain perlukan pernyediaan yang singkat, ringkas dan mudah. contohnya rendang ayam lawannya jelatah nenas.
Cara memasak
- cuba masak dengan serentak dengan menggunakan 2 atau 3 dapur sekali gus.~ mungkin agak sukar ungtuk permulaannya, tapi kalau dah biasa ianya jadi mudah, cepat dan hidangan uga segar kerana boleh hidangkan serentak.
- untuk meperaktikkan cara 1, kita perlukan perkakas yang sesuai dan mencukupi.~ pastikan semasa memasak kita tak leka keran takut ada lauk yang hangit, tapi bila dah selalu berlatih ianya akan menjanjikan kesempurnaan.
Teknik membersihkan dapur.
- biasanya ada dua faktor malas memasak, pertama, malas menyediakan bahan dan kedua malas hendak mengemas ~ pastikan semasa memasak kurangkan penggunaan perkakas, atau pun basuh perkakas jika ada kesempata.. jangan kumpul perkakas di singgki hingga membukit. orang lain sedap menjamu selera kita sibuk membasuh kalau lambat tambah lagi pingan mangkuk.
- kalau boleh masak cukup2 sahaja ikut keperluan, elakkan memasak berlebihan. selain sayang nak buang dan simpan dalam peti ais (last2 buang juga kan? ngeerr), kita dapat juga mengurangkan penggunaan perkakas kerana untuk menyimpanya kita perlukan bekas lain, ini akan menambah perkakas yang kotor.
so, tak rugi kalau kita try dan alami pengalaman sendiri.. bebaskan diri di ruang dapur berjam2 untuk menyediakan dan mengemas dapur..
ok selamat mencuba ekr!!!
nota kaki : sumber dari buku resepi 30 minit bersama chef kamarul
ko taip balik ke?? rajinye.. bagus2.. banyak info begune..
ReplyDeletea'ah aku wat ringkasan dr buku tu.harap boleh beri info
ReplyDelete