Dec 8, 2010

Cucur Oat Bersama Udang dan Sayuran

Ain Fajar | 5:08 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Saya nak kongsi resepi sihat, lazat dan mengeyangkan..saya x suka mkn oat tp oleh kerana en.abg kn mkn makanan yg kurang kolestrol n  kn bediet terpaksa beli oat, tp xsedap langsung bila di makan mcm2 je, so saya kn msk sesuatu yg berasaskan oat. Lagi pun sayangla, bli oat sekilo xkan nak buang..mahal beb!!
So ptg semalam saya buatla cucur oat..mmg sdp tau..ops!!masuk bakul angkat sendiri, what everrr..rasanya lembut di dalam rangup di luar..
meh kita tengok gambar n semak resepinya.


Bahan2nya :)
120 gm tepung gandum
120 gm tepung naik sendiri
100 gm Quaker Oat cepat Masak
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
350 gm ml air
1 batang jagung (hiris biji jagung sahaja)
50 gm cendawan tiram (hiris nipis)
50 gm daun kucai @ daun bawang
100gm udang saiz sederhana (buang kulit dan potong anggaran 1cm)
minyak untuk menggoreng.


Cara membuatnya : )
campurkan bahan2 kering dan gaul.
masukkan sayuran dan udang gaul sebati
masukkan air dan gaul.
panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana, sudukan adunan dan goreng sehingga kekuningan. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.
angkat cucur dan sejat atas bakul dawai.
hidangkan bersama sos cili. sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang.

selamat mencuba..cawww

2 comments:

  1. cam best he resipi ko ni.. aku nak copy bley?? hehhehe..

    ReplyDelete
  2. Kalau 120 g tu agak2 berape ea sukatan dlm cawan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...