Jul 18, 2016

Syawal 2016

Ain Fajar | 10:59 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Salam Syawal buat semua yang singgah ke teratak alam maya saya. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dari kami keluarga RESEPI KEHIDUPANKU.

Mohon maaf andainya blog ni sunyi tanpa post dan resepi yang baru..sebarang komen yang tak terbalas. keadaan saya yang tidak memiliki Lapy sendiri dan kekangan masa yang terhad membuatkan saya susah nak update di sini..namun dapur alam maya saya tetap tidak saya lupakan kerana banyak kenangan yang mematangkan saya dalam bidang masakan dan bakery melalui rakan2 dapur2 alam maya yang sentiasa saya jadikan sumber inspirasi saya.

Resepi Kehidupan ini juga banyak menyimpan kenangan keluarga bersama..saya akan terus bercerita dan berkongsi di sini semampu masa yang ade untuk kenangan saya dan rujukan kepada anak2 dan cucu saya kelak. kemungkinan dapur saya yang tak seberapa ni mampu untuk membantu yang memerlukan.





Oct 18, 2015

Sup Cendawan Berkrim

Ain Fajar | 7:29 PM | 5Comments |
Assalamualaikum

menu yang sayan nak syer di sini adalah salah satu menu wajib oder bila makan di Pizza Hut..k.long dan k.ngah mesti akan pesan sup cendawan dulu..kami yang dewasa dan mak ayah mertua saya pun suka sup cendawan sebagai pembuka selera..tapi kami jarang dah nak ke Pizza di sebabkan en.abg mempunyai masa yang terhad..jadi saya pun berusaha lah membuat sup cendawan berkrim ni sendiri.

Mudah je nak membuatnya, saya pernah buat 4tahun lepas dan pernah pun kongsikan di blog ni..dah lama sangat tak membuatnya..kali ni saya teringin membuatnya disebabkan saya dah lama nak mencuba roti mangkuk yang di isi dengan sup cendawan berkrim..sambil makan sup boleh koyak dan makan mangkuknya..hihi

hasil yang memuaskan k.long dan k.ngah habis 2 manggkuk dan sumaiyyah pun bukan main suka makan..cuma pada resepi asal penggunaan tepung sangat banyak dan membuatkkan sup terlalu kental..jadi saya dah pun kurangkan kandungan tepung dalam resepi..


Resepi sup cendawan 

3ulas bawang putih
7biji cendawan butang (dalam tin) fresh lg baik
4sb marjerin
750ml susu segar
750 ml air
1 cawan tepung + 2 cawan air
2 biji kiub ayam
1 sb cukup rasa
sedikit daun pasly kering
sedikit lada hitam


cara-caranya:

cairkan marjerin tumiskan bawang putih dan cendawan hinngga layu
masukkan susu segar, kiub ayam dan air.kacau hingga mendidih
masukkan bahan perasa lada hitam dan cukup rasa
masukkan air tepung kacau sebati dan kacau hingga masak.
siap.



sedap di makan begitu sahaja dan sedap di makan dengan roti mangkkuk @ garlic bred (roti bawang putih)

selamat mencuba daaaaaa

Oct 17, 2015

kek Sarang semut

Ain Fajar | 11:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

semoga hari ahad ni penuh dengan keberkatan..kali ni saya nak kongsikan resepi kek sarang semut yang mudah dan semestinya menjadi..dah ade seorang rakan baru saya yang langsung tak pandai membaking sudah mencubanya..alahamdulillah kali pertama buat terus menjadi dengan cantik.

struktur kek sarang semut yang cantik dan menjadi apabila kek tu bewarna hitam perang, rasa kenyal dan yang utamanya adalah lubang sarang semut tu menjadi untuk seluruh kek tu..lubang yang terhasil sama je dan yang bestnya lagi kek yang saya buat ni tak mengira melintang atau menegak lubang yang terhasil berbetuk sama.. jom tengok dl gambar yang ambik.


inilah hasil kek sarang semut / kek gula hangus yang terhasil..saya potong kek menegak bagi yang saiz besar dan saiz yang kecik plak adalah melintang..ianya adalah sama je..jadi sangat berpuas hati..kenyal dan bila makan xsedap habis sepinggan..kek kegemaran sejak saya kecil lagi..
tqvm pada penyumbang resepi kenalan baru saya k.puteri marina.


jom tengok resepi nya yang mudah.

Bahan-bahannya:

2 cawan gula kasar
2 cawan air panas

caranya: 
cairkan gula hingga perang warna seperti madu
sejukkan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat

ayak bersama

Bahan C 
8 biji telur
1 sk soda bikarbonat
1 3/4cawan
2 sb marjerin

pukul telur sampi berbuih, masukkan soda bikarbonat pukul lagi
masukkan susu dan putar sebati dan masukkan marjerin
masukkan tepung gaul sebati dan masukkan gula hangus.
tapiskan dan tuang ke dalam loyang 8x8 inci
bakar selama 1 jam atau hingga masak


jemput tengok..dan silalah try resepi di atas..tq
selamat mencuba


kek mable lembut

Ain Fajar | 7:48 AM | 0Comments |
Assalmualaikum

semalam saya ade mencuba resepi yang kawan fb syer..resepi yang di kongsikan sama mcm kek minyak tengah fames sebelum ni..cara membuatnya juga sama..cuma yang membezakan penggunaan susu pekat dan susu cair sahaja.



inilah hasilnya sangat gebu dan lembut, macam kek sapan tapi moist.

 ok lah jom tengok resepi dan cara membuatnya.

Resepi kek mable lembut

Bahan A
4 biji telur
1 sb ovallate
1 sk vanila
1 cawan gula

Bahan B
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan minyak

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
koko emulco @ ape2 yg di sukai

Cara-caranya:
pukul bahan A hingga putih gebu
masukkan bahan B dengan kelajuan sederhana hingga sebati
dan masukkan bahan C dengan kelajuan sederhan

bahagikan adunan kepada 2 bahagian
satu bahagian gaulkan dengan koko emulco
masukkan adunan ke dalam loyang yang di glis minyak dan tepung berselang seli
bakar pada suhu 180 selama 45 minit.

nyummm nyummm nyamyyyy
saya suka kek ni, kemanisannya sedang2 je..lembut gebu tapi moist dan tak muak.

apa lagi selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...